BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 28 September 2011

Kekentalan “Mat” Pertahan Kubu TRW.





Pemain muda berbakat yang berasal dari Pengkalan Chepa, Mohammad Ab Aziz Ismail aka Mat, 23 yang menyarung jersi No. 13 yang dahulunya bermain untuk pasukan KL Plus FC menunjukkan prestasi cemerlang mengawal kubu pertahanan Kelantan dari dibolosi lawan. Dari perlawanan ke setiap perlawanan, pemain muda ini dilihat mempamerkan aksi konsisten dalam mengawal bahagian pertahanan kiri.

Pemain ini yang mana pada awal saingan Liga Super dilihat banyak masa dihabiskan hanya dengan memanaskan bangku simpanan sahaja. Namun pada pertengahan saingan Liga Super, pemain ini mula diberi kepercayaan oleh jurulatih Kelantan untuk mengemudi barisan pertahanan Kelantan menggantikan Zairul Fitree Ishak yang sering mengalami kecederaan.

Seingat penulis, masa Kelantan membenam Terengganu 3 – 0 di Kuala Terengganu, Mat diturunkan oleh Datuk M. Karathu untuk mengawal pertahanan kiri Kelantan. Pemain Terengganu mungkin berpendapat bahawa apabila melakukan serangan melalui bahagian kiri pasukan Kelantan, pasti dengan mudah untuk menewaskan pemain ini, tetapi mereka terbukti silap apabila setiap serangan yang dilancarkan berjaya dipatahkan oleh Mat.
Segala serangan dan asakan bertubi – tubi oleh rangkaian penyerang Terengganu semua berjaya dipatahkan oleh beliau. Sepanjang perlawanan dalam Piala Malaysia 2011, pemain ini sering kali diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama dan berjaya mengawal kubu pertahanan Kelantan dan berjaya menyerap tekanan dari pasukan lawan dengan baik.

Dalam perlawanan semalam, semua asakan bertubi – tubi oleh pemain Felda United berjaya dihalang oleh beliau. Dalam perlawanan semalam juga, Mohammad Ab Aziz juga mendapat sorakan bergemuruh dari para penyokong setia The Red Warriors yang rata - rata memuji kekentalan beliau mengemudi barisan pertahanan pasukan The red Warriors. Memang terbukti pemain muda ini memang kebal dalam mengawal kubu pertahanan pasukan The Red Warriors

Sekalung tahniah juga buat Mohammad Ab Aziz Ismail aka Mat kerana telah terpilih untuk menjalani latihan bersama skuad Sukan Sea Jakarta 2011 di Indonesia nanti mengiringi Khairul Fahmi Che Mat dan Izuan Salahuddin. Semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan dan konsisten dalam setiap perlawanan dan tidak mustahil pemain ini akan dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Malaya suatu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan