BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 29 September 2011

Kelantan uji enam awang import



UARA Liga Super musim ini, Kelantan memulakan persiapan awal dengan menguji enam pemain import bagi menguatkan pasukan itu untuk menghadapi saingan lebih mencabar dalam Liga Malaysia termasuk menyertai Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, enam pemain yang dimaksudkan ialah dari Ghana, Ivory Coast, Croatia dan Nigeria akan tiba dalam masa terdekat bagi menjalani sesi pemilihan bersama skuad Kelantan.

“Kita tidak mahu mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan pasukan. Saingan liga sudah pasti mencabar lebih-lebih lagi kita akan beraksi dalam kejohanan antarabangsa yang lebih kompetetif iaitu Piala AFC pada tahun depan,” katanya pada sidang media, semalam.

“Kita akan mendaftarkan tiga pemain import bagi menghadapi Liga Malaysia walaupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan hanya dua pemain import boleh didaftarkan beraksi untuk musim depan.

“Seorang lagi pemain import kita akan pinjam daripada negara Asia bagi tujuan Kejohanan Piala AFC sahaja. Ini bermakna Kelantan ada empat pemain import, di mana dua pemain import akan beraksi dalam Liga Malaysia manakala untuk saingan Piala AFC kita akan menggunakan kesemua empat pemain import tersebut bagi memenuhi kuota yang ditetapkan oleh AFC,” katanya.

Menurut Annuar, beliau tidak mahu penyertaan Kelantan ke Kejohanan Piala AFC itu sekadar suka-suka atau pendedahan untuk pemainnya sebaliknya menganggap ia satu tanggungjawab yang berat kerana membawa cabaran negara.

“Kita tidak mahu pergi ke Kejohanan Piala AFC dengan keadaan tempang. Ini merupakan pertandingan kompetetif tinggi. Selain perlu mempertahankan kejuaraan liga, kita juga dipilih bagi menghadapi perlawanan juara-juara liga (juara Liga Malaysia dan juara Liga-S) pada tahun depan.

“Jadi kita perlu memperkasakan pasukan dan kita juga sedang mengintai pemain bertaraf kebangsaan untuk menyarung jersi Kelantan pada musim depan,” katanya.

Rabu, 28 September 2011

Kekentalan “Mat” Pertahan Kubu TRW.





Pemain muda berbakat yang berasal dari Pengkalan Chepa, Mohammad Ab Aziz Ismail aka Mat, 23 yang menyarung jersi No. 13 yang dahulunya bermain untuk pasukan KL Plus FC menunjukkan prestasi cemerlang mengawal kubu pertahanan Kelantan dari dibolosi lawan. Dari perlawanan ke setiap perlawanan, pemain muda ini dilihat mempamerkan aksi konsisten dalam mengawal bahagian pertahanan kiri.

Pemain ini yang mana pada awal saingan Liga Super dilihat banyak masa dihabiskan hanya dengan memanaskan bangku simpanan sahaja. Namun pada pertengahan saingan Liga Super, pemain ini mula diberi kepercayaan oleh jurulatih Kelantan untuk mengemudi barisan pertahanan Kelantan menggantikan Zairul Fitree Ishak yang sering mengalami kecederaan.

Seingat penulis, masa Kelantan membenam Terengganu 3 – 0 di Kuala Terengganu, Mat diturunkan oleh Datuk M. Karathu untuk mengawal pertahanan kiri Kelantan. Pemain Terengganu mungkin berpendapat bahawa apabila melakukan serangan melalui bahagian kiri pasukan Kelantan, pasti dengan mudah untuk menewaskan pemain ini, tetapi mereka terbukti silap apabila setiap serangan yang dilancarkan berjaya dipatahkan oleh Mat.
Segala serangan dan asakan bertubi – tubi oleh rangkaian penyerang Terengganu semua berjaya dipatahkan oleh beliau. Sepanjang perlawanan dalam Piala Malaysia 2011, pemain ini sering kali diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama dan berjaya mengawal kubu pertahanan Kelantan dan berjaya menyerap tekanan dari pasukan lawan dengan baik.

Dalam perlawanan semalam, semua asakan bertubi – tubi oleh pemain Felda United berjaya dihalang oleh beliau. Dalam perlawanan semalam juga, Mohammad Ab Aziz juga mendapat sorakan bergemuruh dari para penyokong setia The Red Warriors yang rata - rata memuji kekentalan beliau mengemudi barisan pertahanan pasukan The red Warriors. Memang terbukti pemain muda ini memang kebal dalam mengawal kubu pertahanan pasukan The Red Warriors

Sekalung tahniah juga buat Mohammad Ab Aziz Ismail aka Mat kerana telah terpilih untuk menjalani latihan bersama skuad Sukan Sea Jakarta 2011 di Indonesia nanti mengiringi Khairul Fahmi Che Mat dan Izuan Salahuddin. Semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan dan konsisten dalam setiap perlawanan dan tidak mustahil pemain ini akan dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Malaya suatu hari nanti.

Isnin, 26 September 2011

Air Mata lelaki~

hok ni lari tajuk sikit deh.. hehe



Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

# Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Kelantan Mara Ke Suku Akhir

JOHOR FC 1
Mohd Akmal Mohd Noor (m-2)

KELANTAN 1
Azammuddin Mohd Akil (m-8)

PASIR GUDANG – Juara bertahan, Kelantan mengesahkan tempat ke suku akhir namun aksi hambar sekali lagi menghantui mereka setelah diikat seri 1-1 oleh Johor FC dalam perlawanan peringkat kumpulan C Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam tadi.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu berada didepan apabila menjaringkan gol pembukaan tatkala permainan baru memasuki minit kedua perlawanan. Segalanya berpunca apabila sepakan penjuru oleh Eddy Helmi Abdul Manan ditanduk kemas ke belakang oleh Shahrizal Mohd Saad kepada Mohd Akmal Mohd Nor.

Mohd Akmal yang tidak dikawal bijak memanfaatkan peluang dengan melepaskan rembatan kencang yang terbias kaki Mohd Farisham dan mengelirukan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sebelum bola menerjah jaring untuk gol pertama Johor FC.

Tersentak dengan gol tersebut, Kelantan kembali melancarkan serangan dan dua minit kemudian Azammuddin Mohd Akil seharusnya memastikan kedudukan kembali terikat seri kalau tidak kerana rembatan kencangnya sedikit tersasar disebelah kiri pintu gol Johor FC.

Begitupun kegembiraan pemain tuan rumah tidak bertahan lama apabila Azammuddin menebus kembali kesilapannya apabila menjaringkan gol penyamaan The Red Warriors empat minit kemudian.

Berpunca sepakan penjuru pendek yang diambil Norshahrul Idlan Talaha dan melintangkan bola ke dalam kotak penalti, Azammuddin bijak menampan kemas menewaskan penjaga gol, Mohd Anis Faron Ahmad Arsidi untuk menghasilkan gol penyamaan bagi Kelantan.

Tiga minit berselang, berlaku gerakan satu-dua menarik antara Norshahrul Idlan dan S Chanturu dan hampir menghasilkan gol kedua Kelantan namun rembatan Chanturu pula mudah diselamatkan oleh penjaga gol Johor FC, Mohd Anis Faron.

Johor FC yang turut dengan misi hidup mati turut mempunyai peluang untuk kembali berada didepan pada m-19 perlawanan. Tindakan kurang cermat Mohd Daudsu menghantar bola ke belakang hampir direbut oleh penyerang Johor FC, Mohd Saufi Ibrahim mujur Khairul Fahmi pantas meluru keluar menyelamatkan keadaan.

Tidak banyak gerakan merbahaya dilakukan oleh barisan pemain Kelantan selepas itu. Malah percaturan taktikal Datuk M Karathu meletakkan Zairul Fitree Ishak beraksi diposisi sayap kiri dilihat kurang sesuai apabila pemain tersebut gagal merencanakan gerakan menarik untuk disempurnakan oleh penyerang Kelantan.

Sebaliknya, Johor FC tetap tampil garang menerusi rembatan kaki kiri Mohd Saufi Ibrahim yang sedikit melewati pintu gol Kelantan pada m-27 sementara percubaan Khairi Kiman seminit sebelum babak pertama berakhir pula tersasar disebelah kanan pintu gol.

Satu-satunya peluang terbaik Kelantan hadir dalam minit-minit terakhir babak pertama menerusi sepakan percuma Kapten, Muhd Badhri Radzi yang menyaksikan bola rembatannya terus ke dakapan Mohd Anis Faron.

Tujuh minit babak kedua bersambung, anak buah Sazali Saidun sekali lagi nyaris mendahului Kelantan. Sepakan percuma Kapten, Rezal Zambery Yahya pantas disambut oleh Shahrizal namun tandukan kencangnya sedikit tersasar disebelah kanan pintu gol Kelantan.

Seminit kemudian, pemain gantian Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya kembali menyalakan api perjuangan rakan sepasukan apabila melakukan rembatan kencang ke pintu gol Johor FC namun diselamatkan penjaga gol Johor FC sekali lagi.

Ketika barisan pemain Kelantan kian buntu untuk menembusi pintu gol Johor FC, sumbangan pemain lipas kudung, S Chanturu pula terpaksa dilupakan apabila digantikan dengan Muhammad Izuan Salahuddin setelah beliau mengalami kecederaan pada m-66 perlawanan.

Johor FC terus memberi tekanan kepada Kelantan apabila mempunyai tiga peluang terbaik dalam tempoh tiga minit bermula m-73 menerusi rembatan kencang Shahrizal dari jarak 30 meter yang melewati pintu gol Kelantan.

Seminit kemudian, giliran Mohd Akmal pula melepaskan rembatan leret didalam kotak penalti namun diselamatkan Mohd Shahrizan Ismail.

Tindakan bijak pemain pertahanan, Mohamad Izuan Jarudin yang pantas meluru ke atas dan menanduk cantik sepakan penjuru Eddy Helmi Abdul Manan hampir menghasilkan gol untuk pasukannya namun tandukannya itu diselamatkan sekali lagi Mohd Shahrizan digawang gol Kelantan.

Minit-minit akhir perlawanan, barisan pemain Kelantan terus tidak berputus asa mengasak untuk memburu gol kemenangan namun rembatan liar Azammuddin menutup aksi perlawanan berkesudahan kedua-dua pasukan sekadar berkongsi mata dalam perlawanan malam tadi.

Keputusan seri malam tadi membolehkan Kelantan merampas kedudukan selaku pendahulu kumpulan C ketika saingan hanya berbaki satu perlawanan untuk ditamatkan. Penentuan juara kumpulan sudah pasti sengit apabila Kelantan dan KL Felda United FC akan membuat perhitungan mutlak dalam perlawanan terakhir di Kota Bharu pada Selasa ini.

Kesebelasan utama pemain :

JOHOR FC : Mohd Anis Faron Ahmad Arsidi, Mohd Saiful Nizam Miswam (Mohd Hamzani Omar), Hasni Zaidi Jamian, Mohamad Izuan Jarudin, Mohamad Khairul Ismail, Khairi Kiman (Muhd Irfan Abdul Ghani), Rezal Zambery Yahya (KP), Mohd Akmal Mohd Noor, Eddy Helmi Abdul Manan, Mohd Saufi Ibrahim (Mohammad Ezaidy Khadar) dan Shahrizal Mohd Saad.

FORMASI : 4-2-3-1

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat (Mohd Shahrizan Ismail), Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Mohamad Ab Aziz Ismail, Zairul Fitree Ishak (Mohd Nurul Azwan Roya), Muhd Badhri Radzi (KP), S Chanturu (Muhammad Izuan Salahuddin), Mohd Shakir Shaari, Azammuddin Mohd Akil dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Johor FC (1) Kelantan (3)
Percubaan tersasar : Johor FC (3) Kelantan (2)
Sepakan penjuru : Johor FC (6) Kelantan (8)
Sepakan percuma : Johor FC (13) Kelantan (19)
Ofsaid : Johor FC (6) Kelantan (0)
Kekasaran : Johor FC (13) Kelantan (13)
Kad kuning : Johor FC (Mohd Saiful Nizam Miswam, Mohd Saufi Ibrahim dan Rezal Zambery Yahya)
Kelantan (Mohd Shakir Shaari, Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Farisham Ismail)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Lima minit
Penguasaan bola : Johor FC (50%) Kelantan (50%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Azham Musa
Penolong Pengadil 1: Rosli Sha’ban
Penolong Pengadil 2: Ravi Aylan
Pegawai Keempat : Mohd Khalid Mohd Aris
Kommissioner Perlawanan : K Ponnusamy
Penilai Pengadil : Abdullah Md Derus
General Koordinator : Mahadzir Ahmad

Ahad, 25 September 2011

Gol Penyamaan Alex Selamatkan Kelantan.


Kelantan hampir menempah bala apabila membiarkan Johor FC menjaringkan gol awal pada minit ke 2 perlawanan menerusi pemain sayap mereka, Akmal Mohd Nor dalam perlawanan ke 5 peringkat kumpulan C saingan Piala Malaysia 2011 di Stadium Jcorp, Pasir Gudang semalam. Gol tersebut terhasil daripada sepakan sudut pertama Johor FC apabila hantaran lintang oleh Edy Helmi Abdul Manan disambut baik olek Akmal dan terus membuat rembatan deras lalu tertampan kaki Mohd Farisham Ismail dan bola menerjah jaring menewaskan penjaga gol sensasi Negara, Khairul Fahmi Che Mat yang diturunkan untuk pertama kali dalam saingan Piala Malaysia 2011.

Tersentak dengan jaringan awal Johor FC itu, Kelantan terus membuat serangan bertali ke arah kubu Johor FC yang dikawal ketat oleh Mohd Anis Faron. Hasilnya pada minit ke 7, Azzamuddin Akil memecah kebuntuan apabila menamatkan kemarau golnya dengan menjaringkan gol penyamaan buat pasukan Kelantan menerusi hantaran cantik ke arah pintu gol Johor FC oleh penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha.

Serangan demi serangan dilakukan oleh pasukan Kelantan menerusi S. Chanturu, Azamuddin Akil, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Badhri Radzi gagal menghasilkan gol kedua untuk pasukan Kelantan. Johor FC juga dilihat melakukan beberapa serangan balas namun dipatahkan oleh barisan pertahanan Kelantan yang diketuai oleh S. Subramaniam. Keputusan terikat 1 – 1 itu kekal sehinggan tamat separuh masa pertama.

khairul fahmi juga diturunkan pada perlawanan tersebut


Untuk persembahan separuh kedua, Kelantan dilihat agak tenggelam selepas pertukaran dilakukan oleh jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu dengan membawa keluar Khairul Fahmi Che Mat yang mengalami kecederaan paha dan digantikan dengan Mohd Shahrizan Ismail. Manakala Zairul Fitri Ishak dibawa keluar dan digantikan dengan Nurul Azwan Roya. Johor FC dilihat menguasai perlawanan pada awal babak kedua.

Selepas itu kedua – dua pasukan saling bertukar – tukar serangan menyaksikan ketumpulan jentera serangan menjadi masalah utama bagi kedua – dua pasukan. S. Chanturu akhirnya terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan dan digantikan oleh pemain skuad Olimpik, Mohd Izuan Solahuddin. Pada minit – minit akhir perlawanan, Norshahrul Idlan Talaha hampir meletakkan Kelantan di depan menerusi tandukan tetapi bola menuju tepat kepada penjaga gol Johor FC, Mohd Anis Faron.


Keputusan terikat 1 – 1 itu juga kekal sehingga tamat perlawanan. Dengan keputusan seri ini Kelantan mengesahkan tempat ke saingan suku akhir dengan mengiringi Felda United FC setelah pasukan Felda menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia 2011. Kedua – dua pasukan ini layak setelah mencatat 3 kemenangan, 1 seri & 1 kekalahan dan menyingkirkan pasukan Johor FC dan Sarawak.


Dengan keputusan seri itu juga, Kelantan kembali merampas takhta dalam kumpulan C apabila Felda United tewas tipis 0 – 1 kepada pasukan Sarawak yang telah tersingkir daripada saingan Piala Malaysia 2011. Walaupun berkongsi 10 mata dengan Felda United, ternyata kelebihan jaringan memihak kepada Kelantan. Kelantan dan Felda United akan bertemu di perlawanan terakhir peringkat Kumpulan untuk menentukan Juara dan Naib Juara bagi Kumpulan C. Tahniah juga kepada kira - kira 6,000 penyokong setia The Red Warriors yang membanjiri Stadium Jcorp Pasir Gudang semalam.

Enam layak suku akhir


ENAM pasukan - Kelantan, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, FELDA United dan T-Team mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia tatkala dua lagi slot masih menjadi rebutan empat pasukan - Kedah, Sabah, Kuala Lumpur dan Selangor selepas berakhirnya perlawanan kelima, malam tadi.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Perak muncul juara Kumpulan A dengan 13 mata selepas menewaskan Johor 2-1 hasil jaringan Isma Aliff minit ke-38 dan Failee Ghazali (90) manakala gol tunggal Johor dijaringkan Ashadi Yusof pada masa kecederaan.
Kedah pula menghidupkan peluang ke suku akhir apabila berjaya menewaskan Sabah 1-0 menerusi jaringan Khyril Muhymeen Zambri minit ke-44 di Stadium Darulaman, Alor Setar untuk kedua-dua pasukan kini berkongsi tujuh mata.
Kumpulan B menyaksikan Negeri Sembilan dan Terengganu mara ke suku akhir selepas masing-masing menundukkan Sime Darby 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan PKNS 1-0 di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Kedua-dua pasukan kini berkongsi 12 mata dan pertemuan terakhir membabitkan Terengganu dan Negeri Sembilan di Kuala Terengganu, Selasa ini bakal menentukan siapa bergelar juara kumpulan.

Saingan Kumpulan C juga mengesahkan dua pasukan ke suku akhir apabila Johor FC sekadar mengikat Kelantan 1-1 di Stadium Pasir Gudang apabila gol pendahuluan tuan rumah menerusi Mohd Akmal Mohd Noor pada minit kedua disamakan Azammuddin Akil enam minit kemudian.

Di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching, Sarawak mencatatkan kemenangan pertama dengan menewaskan FELDA United 1-0 hasil jaringan Bobby Gonzalez pada minit ke-17 tetapi pasukan pelawat tetap dapat mengesahkan tempat ke suku akhir.
Bagi saingan Kumpulan D, Selangor kembali menghidupkan Misi 33 apabila mudah menewaskan Polis 4-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hasil jaringan Amri Yahyah (31), Safiq Rahim (44), Amirulhadi Zainal (71) dan Rudie Ramli (89) manakala Polis membalas menerusi Fauzi Abd Majid (62).

T-Team biarpun belum sah sebagai juara kumpulan, sudah pun layak ke suku akhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu apabila jaringan Indra Putra Mahayuddin (28) disamakan penyerang Kuala Lumpur, Ahmad Hazwan Bakri (46).

Selangor kini dengan tujuh mata wajib menewaskan Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Selasa ini jika berhajat mengiringi T-Team ke suku akhir.

Hidup Matiku Kelate

Jumaat, 23 September 2011

Kelantan tak mahu cari bala


KOTA BHARU – Hanya satu mata diperlukan untuk mengesahkan tempat ke suku akhir, namun itu bukan matlamat sebenar kunjungan juara bertahan, Kelantan bagi menghadapi Johor FC dalam perlawanan peringkat kumpulan C Piala Malaysia di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam esok.

Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu sebaliknya awal-awal lagi menegaskan fokusnya hanya terarah untuk meraih tiga mata penuh, bukan sahaja untuk mengukuhkan kedudukan dalam saingan peringkat kumpulan, malah mahu melebarkan rekod tanpa kalah ke atas pasukan berstatus kelab itu.

“Saya tahu ini merupakan misi hidup mati bagi Johor FC, namun kita juga tidak mahu kehilangan mata. Satu mata mungkin sudah memadai namun saya mahu lebih daripada itu (tiga mata).

“Kita tidak boleh cari bala (kalah kepada Johor FC) apatah lagi perlawanan ini cukup penting kepada kedua-dua pasukan.

“Kita akan turun beraksi seperti biasa sama seperti ketika bertemu KL Felda United FC dan Sarawak tempoh hari. Saya cukup gembira kalau pemain saya mempamerkan aksi semangat juang seperti dalam perlawanan itu.

“Formaliti saya seperti biasa, kita main secara menyerang di samping memperkemaskan benteng pertahanan, jangan hilang bola serta tidak membenarkan mereka mendapatkan gol awal. Saya fikir kalau empat elemen itu diterapkan kita tidak menghadapi masalah mengatasi mereka malam esok (ini),” katanya.

Mengimpikan aksi cemerlang tatkala prestasi pemainnya kini sudah kembali memuncak, Karathu turut melaungkan keyakinan dengan barisan pemain yang ada disusuli dengan kehadiran dua pemain skuad Olimpik kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izuan Salahuddin, skuad The Red Warriors bakal menyajikan perwatakan sang juara dalam perlawanan malam ini.

“Apex (Khairul Fahmi Che Mat) dan Mohd Izuan (Salahuddin) akan menyertai kita esok (hari ini). Mereka sudah lama tidak bersama kita, namun itu bukan masalah besar.

“Saya fikir tidak ada masalah untuk saya menyenaraikan Apex sebagai penjaga gol malam ini, sementara itu saya juga akan pantau juga Mohd Izuan. Kita tengoklah nanti macam mana.

“Saya yakin kita boleh mengatasi Johor FC malam ini. Saya tidak mahu fikir fasal pasukan lain. Saya cukup tidak suka kalau kita terpaksa tunggu sehingga perlawanan terakhir (menentang KL Felda United FC pada 27 September).

“Selepas kita kalah 0-2 kepada KL Felda United FC saya lihat sudah ada suatu semangat baru meresap dalam pemain. Mereka sudah melupakannya dan saya harap cuaca yang baik malam ini membantu,” katanya.